Tuesday 16 April 2013

Pakej 3 di Majlis Hari Jadi Adik Abby Nur Diana dan Abby Nur Ashikin

Pada 13 April 2013 yang lalu, DDCFD telah menyediakan perkhidmatan Pakej 3 di Majlis Hari Jadi Adik Abby Nur Diana dan Abby Nur Ashikin bertempat di Restoran Adnor & Katering Subang Jaya. Tema yang dipilih adalah "Blue Pink"... So di pihak DDCFD ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pn. Rozie kerana mengambil pakej kami. dan sebarang kesulitan sepanjang Majlis tersebut dipihak (jika ada) kami mohon maaf...dan mudah-mudahan besar harapan kami agar Pn. Rozie sekeluarga berpuas hati dengan pakej yang kami sediakan...:).

Tuesday 9 April 2013

Tempahan boleh dibuat pada bila-bila masa...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama rasanya tak update blog DDCFD ni.. maklumlah admin agak sibuk sikit kebelakangan ini dengan urusan harian dan tugas hakiki...walaubagaimanapun, Insyaallah kami masih mampu menjawab segala pertanyaan daripada anda... kalau anda nak buat tempahan pun tak ada masalah silakan berbuat demikian. Tempahan masih dibuka pada bila-bila masa dan pada bila-bila tarikh.... Cuma bagi yang ingin menempah full package seperti pakej 3, 4 atau request package.... yang Majlisnya antara 15-30 April 2013.. kami mohon maaf terpaksa menolak tempahan kerana PRU 13... sebab kami khuatir mungkin tidak dapat memberikan komitmen...Maklumlah Hari Sabtu & Ahad kena kerja....huhuhu... 

Walaubagaimanapun jika Majlis anda selepas tempoh tersebut....tempahan akan diterima Insyaallah....Ini bukan disebabkan kami sibuk nak berkempen tapi tugas hakiki kami yang menyebabkan kekangan tersebut......maklumlah tugas hakiki perlu diutamakan....

So, tempahan untuk pakej 1 dan 2 boleh ditempah seperti biasa....Berminat hubungi Wani 0192436979 sms/call/whatapps.....