Sunday 22 September 2013

Event 21 September 2013 - Majlis Perkahwinan Nik Fauzan & Aina Mastura

Pada 21/9/2013 - Dewan Gemilang Felda Kelana Jaya, berlangsung majlis perkahwinan Nik Fauzan dan Aina Mastura. DDCFD berkesempatan memberikan perkhidmatan Pakej 4 di majlis perkahwinan tersebut. Tema majlis adalah warna Ungu dan Kelabu. DDCFD mengucapkan terima kasih kepada keluarga pengantin serta mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin! Diharap berpuashati dengan pakej kami.



Tuesday 17 September 2013

Penutupan Sementara Operasi Bermula 23-29/9/2013

Kepada pelanggan yang dihargai sekalian....

Untuk makluman, DDCFD akan menutup sementara operasi kami bermula 23-29/9/2013 kerana kami bercuti dan berada di Kedah atas urusan keluarga. Selain itu juga kami akan membuat servis penyelenggaraan terhadap mesin-mesin kami. Justeru, kami mohon maaf pada tarikh tersebut kami tidak dapat memenuhi tempahan anda. Walaubagaimanapun anda masih boleh membuat pertanyaan atau tempahan pada bila-bila masa.

 
Operasi kami akan dibuka semula pada 1/10/2013.  Sekian, terima kasih.









Pakej 5- Candy Buffet Di Majlis Perkahwinan Mohd Ashran & Noorsima

Pada 15/9/2013 yang lalu, DDCFD telah menerima tempahan Pakej 5 (Candy Buffet) daripada Puan Wati daripada Pelabuhan Klang. Majlis berlangsung di Hotel Crystal Crown Pelabuhan Klang. Majlis perkahwinan  Mohd Ashran dan Noorsima menggunakan tema warna pink belacan. DDCFD ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pengantin berkenaan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan tidak lupa ribuan terima kasih kepada Puan Wati sekeluarga di atas tempahan beliau bagi meraikan majlis perkahwinan tersebut. Harapan kami semoga berpuashati dengan perkhidmatan kami dan mohon maaf jika ada kekurangan. terima kasih....