Sunday 13 October 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!!

Kami daripada DDCFD ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada pelanggan-pelanggan kami dan seluruh umat Islam tidak kira dimana anda berada..... 

Kepada yang balik kampung didoakan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing dan pandu dengan cermat dan berhemah.


Monday 7 October 2013

Majlis Hari Jadi M.Aqeem Hadi & M. Aqeef Hadi (twins) di Gombak

Majlis Hari Jadi M.Aqeem Hadi & M. Aqeef Hadi (twins) di Gombak pada 5/10/2013 yang lalu, DDCFD telah memberikan perkhidmatan pakej 4 bagi meraikan sempena majlis hari jadi berkenaan. Tema yang dipilih adalah "Angry Bird'. Kami di DDCFD ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada adik Aqeem & Aqeef...semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh...Terima kasih kepada Puan Elly sekeluarga kerana memilih kami...kami berharap anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami... Segala kelemahan datangnya daripada kelemahan kami sendiri dan kebaikan itu datangnya daripada Allah S.W.T...






Majlis Cukur Jambul & Berendoi Nur Hainan Qailah

Pada 28 September 2013 yang lalu, DDCFD telah menaja Pakej Coklat Fountain dan Candy Buffet sempena Majlis Cukur Jambul dan Berendoi anak saudara perempuan kami yang pertama iaitu Nur Hainan Qailah di Kedah (sebelum ni dah ada 3 anak saudara lelaki). Majlis tu kami guna mesin fountain yang mini memandangkan tetamu kebanyakkannya golongan veteran. Lagipun rata-rata tetamu belum cukup mengenali menu coklat fountain. Apa-apa pun mereka sangat teruja untuk mencuba.. dan.. menu coklat fountain dan Candy Buffet habis licin..Sekitar Majlis Cukur Jambul dan Berendoi....