Monday 11 November 2013

Pengumuman....Pengumuman....

Kepada para pelanggan yang dikasihi sekalian....

Saya (Wani) kini sedang menunggu hari untuk melahirkan baby saya yang ke-3. Exactly date 25/11/2013 (tarikh ceasar)... Insyaallah..Doakan semoga saya selamat melahirkan baby dan dipermudahkan segalanya.. Amin! 

Sebarang tempahan atau pertanyaan anda boleh menghubungi Ajla di talian 0196226321....Tempahan sedia ada akan berjalan seperti biasa.. Jangan risau...

Sekian, harap maklum....

Pakej 4- Majlis Perkahwinan WAWA & PUN

Tarikh 9/11/2013 yang lalu, DDCFD telah memberikan perkhidmatan Pakej 4 di Majlis Perkahwinan Wawa & Pun. Majlis Perkahwinan ini diadakan di Dewan Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2 Batu Caves.. Tema majlis adalah "Purple N Blue". Terima kasih kami kepada Puan Jiha sekeluarga kerana mengambil pakej kami dan melayan kami dengan baik....Kami mendoakan semoga perkahwinan Wawa & Pun bahagia hingga ke akhir hayat.


Friday 8 November 2013

Pakej 4.- Majlis Perkahwinan Hanani & Haliff serta Fahmi & Shameen

Pada 2 November 2013 yang lalu, DDCFD telah menyediakan perkhidmatan pakej 4 sempena Majlis Perkahwinan dua (2) pasang pengantin iaitu Hanani & Haliff serta Fahmi & Shameen di Dewan Serbaguna IUKL (dikenali juga sbg IKRAM/KLIUC), Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang, Selangor. Tema Majlis adalah Tiffany Green n Baby Pink. DDCFD ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbahagia Ke Akhir Hayat.... Terima kasih kerana memilih kami untuk menyerikan majlis perkahwinan kalian....



Thursday 7 November 2013

Pakej 3- Majlis Hari Jadi Di Cruise Tasik Putrajaya


 Pada 30 Oktober 2013 yang lalu, DDCFD sekali lagi dijemput untuk menyediakan perkhidmatan mesin fountain & Candy Buffet di dalam kapal Cruise di Tasik Putra Jaya. Majlis tersebut dibuat sempena Hari Jadi cucu anak seorang kenamaan iaitu Muhammad Zaid. Tema Majlis adalah "Seram". Tapi pihak Tasik Putrajaya meminta kami menyediakan tema warna biru.Di bawah merupakan gambar yang diambil sempena Majlis tersebut.