DDCFD telah bekerjasama dengan Delsacuisine untuk menyediakan perkhidmatan coklat fountain di Majlis Rumah Terbuka TRC Berhad. Peluang yang diberikan oleh Delsacuisine amatlah kami hargai kerana jemputan yang hadir adalah terdiri orang-orang kenamaan seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi antara yang hadir. Kanak- kanak daripada Rumah Anak Yatim turut diraikan di Majlis tersebut.. Kami diminta menyediakan dua stesen iaitu satu untuk VIP dan satu lagi stesen untuk jemputan umum. Terasa kerdil kami di DDCFD. Terima kasih Kak Mas daripada Delsacuisine kerana mengambil pakej daripada kami.
Tuesday, 2 September 2014
Monday, 11 August 2014
#Syawal 9 Ogos 2014 Majlis Perkahwinan Anas Najmi & Farah Athirah
Memilih Pakej 4 Emas dengan tema warna "Purple & Traditional" menjadi pilihan pasangan pengantin ini iaitu Anas Najmi dan Farah Athirah. Terima kasih diucapkan kepada En. Anas kerana mengambil perkhidmatan daripada pihak DDCFD. Kami mendoakan semoga perkahwinan kalian kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.
Sunday, 22 June 2014
Majlis Perkahwinan Najib & Syafina @ Dewan JPS Ampang
Pada 21 Jun 2014, Majlis perkahwinan Najib dan Syafina telah berlangsung di Dewan Seri Tanjung Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Ampang KL. Tema majlis adalah "Soft Pink, Maroon & White". Cik Nadia telah memilih Pakej 4 Emas untuk majlis perkahwinan ini. Pihak DDCFD ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan iaitu Najib & Syafina serta ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Nadia sekeluarga kerana memilih DDCFD untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis perkahwinan tersebut dan harapan DDCFD mereka berpuas hati dengan perkhidmatan daripada kami.
Sunday, 8 June 2014
Majlis Doa Selamat, Kesyukuran dan Tahlil @ Taman Putra Perdana Puchong
Pada
8 Jun 2014, Puan Regina daripada Taman Putra Perdana Puchong telah
memilih perkhidmatan DDCFD sebagai salah satu menu sampingan untuk
memeriahkan lagi Majlis kenduri doa selamat, kesyukuran dan tahlil di
rumahnya. Kami berharap semoga Puan Regina sekeluarga berpuas hati terhadap perkhidmatan kami...
Majlis Hari Jadi Adik Liyana @ Jenjarum Banting, Selangor
Pada 31 Mei 2014 yang lalu - Majlis Hari Jadi Adik Liyana yang ke 17 tahun telah diadakan di rumah keluarganya di Jenjarum Banting Selangor, Mereka memilih tema "PINK & WHITE". Terima kasih Kak Jue kerana memilih DDCFD bagi memeriahkan majlis hari jadi anak beliau. Harap berpuas hati dengan perkhidmatan kami....
Tuesday, 13 May 2014
Majlis Hari jadi Adik Siti Atiyah Umairah "Sofia The First"
10 Mei 2014 Jam 3.00 petang - Majlis Hari Jadi Adik Siti Atiyah Umairah yang ke 4 tahun dengan tema "Sofia The First" telah diadakan di Taman Kenanga Kanchung Darat Banting Selangor....terima kasih kepada Puan Liza sekeluarga kerana menjemput kami untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.
Tuesday, 1 April 2014
MAJLIS HARI JADI ADIK BALQIS NUR QALESYA
Majlis hari jadi adik Balqis Nur Qalesya diadakan pada 29 Mac 2014 jam 4 petang bertempat di Ika Salon, Galaxy Ampang. Tema majlis merah, putih dan hitam....
Subscribe to:
Posts (Atom)