Showing posts with label chocolate fountain murah. Show all posts
Showing posts with label chocolate fountain murah. Show all posts

Monday, 14 December 2015

Gambar-gambar Terkini....Gegaran Revolusi Chocolate Fountain Candy Buffet....

Dah lama Admin tak mengemaskini gambar aktiviti-aktiviti DDCFD... Admin agak sibuk kebelakangan ni.. maklumlah dah akhir tahun semua tugasan perlu diselesaikan... tak mengapa kita rangkumkan semua sekali gambar-gambar untuk tatapan para penggemar coklat fountain Candy Buffet....

Majlis Perkahwinan Ilham dan Ain (Sepupu kitaorang kawin)
Kampung Batu 4, Jalan Kapar Klang









Majlis Hari Jadi Adik Muhaimin Mustaqim 
Tempahan dari Puan Latifa (Shah Alam)
Tema Mickey Mouse






Majlis Hari Jadi Adik Zara Elisya
Tempahan Dari Puan Mazurah
Tema Frozen






Majlis Hari Jadi Adik Adrian Ali
Tempahan dari Puan Idayu
Tema Upin Dan Ipin






Majlis Hari Jadi Suami Puan Shiela iaitu Mr. Padma
Tempahan dari Puan Shiela
Tema Kad (Merah Hitam)
Kelab Rekreasi Tentera Udara Shah Alam





Majlis Hari Jadi Riethvieen & Dhanieyaa
Tempahan dari Puan Vigneswary
Tema Cinderella dan Biru
Bertempat Sunway Lagoon Club





Majlis Perkahwinan Farah & Luthfi
Simpol The Garden Of Love, Rawang








Majlis Hari Jadi Adik Nur Raisyyah Ulfa
Tempahan dari Puan Lisma (Bukit Beruntung)
Tema Dora Adventure






Thursday, 2 April 2015

PURPLE...MAJLIS PERKAHWINAN AHMAD FADZUAN & NOOR SARAH

Majlis Perkahwinan Ahmad Fadzuan & Noor Sarah memilih tema warna PURPLE telah berlangsung di Dewan Serbaguna Dato Keramat KL. Thanks Iera kerana telah memilih perkhidmatan kami.


Friday, 12 September 2014

Tema Bola Sepak

Sempena menyambut hari jadi adik Muhd Farris Aizad pada 6 September 2014 yang lalu, ibunya Puan Sha telah memilih tema "Bola Sepak" untuk hiasan Candy Buffet Chocolate Fountain di rumahnya di Cheras. Selamat Hari Jadi Adik Muhd Farris Aizad! Semoga menjadi anak yang soleh... Terima kasih Puan Sha kerana mengambil perkhidmatan DDCFD




Sunday, 22 June 2014

Majlis Perkahwinan Najib & Syafina @ Dewan JPS Ampang

Pada 21 Jun 2014, Majlis perkahwinan Najib dan Syafina telah berlangsung di Dewan Seri Tanjung Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Ampang KL. Tema majlis adalah "Soft Pink, Maroon & White".  Cik Nadia telah memilih Pakej 4 Emas untuk majlis perkahwinan ini. Pihak DDCFD ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan iaitu Najib & Syafina serta ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Nadia sekeluarga kerana memilih DDCFD untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis perkahwinan tersebut dan harapan DDCFD mereka berpuas hati dengan perkhidmatan daripada kami.


Sunday, 8 June 2014

Majlis Doa Selamat, Kesyukuran dan Tahlil @ Taman Putra Perdana Puchong

Pada 8 Jun 2014, Puan Regina daripada Taman Putra Perdana Puchong telah memilih perkhidmatan DDCFD sebagai salah satu menu sampingan untuk memeriahkan lagi Majlis kenduri doa selamat, kesyukuran dan tahlil di rumahnya.  Kami berharap semoga Puan Regina sekeluarga berpuas hati terhadap perkhidmatan kami...





Tuesday, 13 May 2014

Majlis Hari jadi Adik Siti Atiyah Umairah "Sofia The First"

10 Mei 2014 Jam 3.00 petang - Majlis Hari Jadi Adik Siti Atiyah Umairah yang ke 4 tahun dengan tema "Sofia The First" telah diadakan di Taman Kenanga Kanchung Darat Banting Selangor....terima kasih kepada Puan Liza sekeluarga kerana menjemput kami untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.


Tuesday, 1 April 2014

Sunday, 23 March 2014

Monday, 3 March 2014

Majlis Berendoi Ani Zulaikha..

Pada 23 Disember 2013, Sempena kelahiran anak saya, saya telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Majlis Berendoi Sempena Kelahiran Anak Perempuan Pertama Saya yang diberi nama Ani Zulaikha Binti Kamarulzaman... Alhamdulillah dapat juga anak perempuan..sebelum ini saya telah memiliki anak lelaki seramai dua orang...Saya buat Majlis ni di Kedah...maklumlah saya ni memang orang Kedah...Saya buat juga Coklat Fountain dan Candy Buffet..Kiranya ini kali ke dua buat Majlis ada coklat fountain. Sebelum ini kami sponsor majlis anak buah Nur Hanan Qailah pada bulan September yang lalu...

Pelamin Indah Untuk Puteri Zulaikha Beradu..






Puteri Zulaikha dengan gaunnya yang cantik......


 Zulaikha bersama sepupunya Hanan... Nanti kita jadi kawan baik yer.......



Zulaikha bersama abang-abangnya Thaqif n Khalis



Majlis Marhaban & Berendoi

 


# Throwback Majlis Sepanjang November 2013 - Februari 2014

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Dah lama saya tidak mengemaskini blog ini setelah 3 bulan cuti bersalin...Anyway, Saya akan memasukkan gambar-gambar aktiviti DDCFD yang menarik sepanjang November 2013 sehingga Februari 2014 untuk tatapan anda semua...















Monday, 11 November 2013

Pengumuman....Pengumuman....

Kepada para pelanggan yang dikasihi sekalian....

Saya (Wani) kini sedang menunggu hari untuk melahirkan baby saya yang ke-3. Exactly date 25/11/2013 (tarikh ceasar)... Insyaallah..Doakan semoga saya selamat melahirkan baby dan dipermudahkan segalanya.. Amin! 

Sebarang tempahan atau pertanyaan anda boleh menghubungi Ajla di talian 0196226321....Tempahan sedia ada akan berjalan seperti biasa.. Jangan risau...

Sekian, harap maklum....

Friday, 8 November 2013

Pakej 4.- Majlis Perkahwinan Hanani & Haliff serta Fahmi & Shameen

Pada 2 November 2013 yang lalu, DDCFD telah menyediakan perkhidmatan pakej 4 sempena Majlis Perkahwinan dua (2) pasang pengantin iaitu Hanani & Haliff serta Fahmi & Shameen di Dewan Serbaguna IUKL (dikenali juga sbg IKRAM/KLIUC), Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang, Selangor. Tema Majlis adalah Tiffany Green n Baby Pink. DDCFD ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbahagia Ke Akhir Hayat.... Terima kasih kerana memilih kami untuk menyerikan majlis perkahwinan kalian....



Thursday, 7 November 2013

Pakej 3- Majlis Hari Jadi Di Cruise Tasik Putrajaya


 Pada 30 Oktober 2013 yang lalu, DDCFD sekali lagi dijemput untuk menyediakan perkhidmatan mesin fountain & Candy Buffet di dalam kapal Cruise di Tasik Putra Jaya. Majlis tersebut dibuat sempena Hari Jadi cucu anak seorang kenamaan iaitu Muhammad Zaid. Tema Majlis adalah "Seram". Tapi pihak Tasik Putrajaya meminta kami menyediakan tema warna biru.Di bawah merupakan gambar yang diambil sempena Majlis tersebut.




Monday, 7 October 2013

Majlis Hari Jadi M.Aqeem Hadi & M. Aqeef Hadi (twins) di Gombak

Majlis Hari Jadi M.Aqeem Hadi & M. Aqeef Hadi (twins) di Gombak pada 5/10/2013 yang lalu, DDCFD telah memberikan perkhidmatan pakej 4 bagi meraikan sempena majlis hari jadi berkenaan. Tema yang dipilih adalah "Angry Bird'. Kami di DDCFD ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada adik Aqeem & Aqeef...semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh...Terima kasih kepada Puan Elly sekeluarga kerana memilih kami...kami berharap anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami... Segala kelemahan datangnya daripada kelemahan kami sendiri dan kebaikan itu datangnya daripada Allah S.W.T...






Majlis Cukur Jambul & Berendoi Nur Hainan Qailah

Pada 28 September 2013 yang lalu, DDCFD telah menaja Pakej Coklat Fountain dan Candy Buffet sempena Majlis Cukur Jambul dan Berendoi anak saudara perempuan kami yang pertama iaitu Nur Hainan Qailah di Kedah (sebelum ni dah ada 3 anak saudara lelaki). Majlis tu kami guna mesin fountain yang mini memandangkan tetamu kebanyakkannya golongan veteran. Lagipun rata-rata tetamu belum cukup mengenali menu coklat fountain. Apa-apa pun mereka sangat teruja untuk mencuba.. dan.. menu coklat fountain dan Candy Buffet habis licin..Sekitar Majlis Cukur Jambul dan Berendoi....