Monday 11 November 2013

Pengumuman....Pengumuman....

Kepada para pelanggan yang dikasihi sekalian....

Saya (Wani) kini sedang menunggu hari untuk melahirkan baby saya yang ke-3. Exactly date 25/11/2013 (tarikh ceasar)... Insyaallah..Doakan semoga saya selamat melahirkan baby dan dipermudahkan segalanya.. Amin! 

Sebarang tempahan atau pertanyaan anda boleh menghubungi Ajla di talian 0196226321....Tempahan sedia ada akan berjalan seperti biasa.. Jangan risau...

Sekian, harap maklum....

Pakej 4- Majlis Perkahwinan WAWA & PUN

Tarikh 9/11/2013 yang lalu, DDCFD telah memberikan perkhidmatan Pakej 4 di Majlis Perkahwinan Wawa & Pun. Majlis Perkahwinan ini diadakan di Dewan Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2 Batu Caves.. Tema majlis adalah "Purple N Blue". Terima kasih kami kepada Puan Jiha sekeluarga kerana mengambil pakej kami dan melayan kami dengan baik....Kami mendoakan semoga perkahwinan Wawa & Pun bahagia hingga ke akhir hayat.


Friday 8 November 2013

Pakej 4.- Majlis Perkahwinan Hanani & Haliff serta Fahmi & Shameen

Pada 2 November 2013 yang lalu, DDCFD telah menyediakan perkhidmatan pakej 4 sempena Majlis Perkahwinan dua (2) pasang pengantin iaitu Hanani & Haliff serta Fahmi & Shameen di Dewan Serbaguna IUKL (dikenali juga sbg IKRAM/KLIUC), Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang, Selangor. Tema Majlis adalah Tiffany Green n Baby Pink. DDCFD ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbahagia Ke Akhir Hayat.... Terima kasih kerana memilih kami untuk menyerikan majlis perkahwinan kalian....



Thursday 7 November 2013

Pakej 3- Majlis Hari Jadi Di Cruise Tasik Putrajaya


 Pada 30 Oktober 2013 yang lalu, DDCFD sekali lagi dijemput untuk menyediakan perkhidmatan mesin fountain & Candy Buffet di dalam kapal Cruise di Tasik Putra Jaya. Majlis tersebut dibuat sempena Hari Jadi cucu anak seorang kenamaan iaitu Muhammad Zaid. Tema Majlis adalah "Seram". Tapi pihak Tasik Putrajaya meminta kami menyediakan tema warna biru.Di bawah merupakan gambar yang diambil sempena Majlis tersebut.




Sunday 13 October 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!!

Kami daripada DDCFD ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada pelanggan-pelanggan kami dan seluruh umat Islam tidak kira dimana anda berada..... 

Kepada yang balik kampung didoakan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing dan pandu dengan cermat dan berhemah.


Monday 7 October 2013

Majlis Hari Jadi M.Aqeem Hadi & M. Aqeef Hadi (twins) di Gombak

Majlis Hari Jadi M.Aqeem Hadi & M. Aqeef Hadi (twins) di Gombak pada 5/10/2013 yang lalu, DDCFD telah memberikan perkhidmatan pakej 4 bagi meraikan sempena majlis hari jadi berkenaan. Tema yang dipilih adalah "Angry Bird'. Kami di DDCFD ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada adik Aqeem & Aqeef...semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh...Terima kasih kepada Puan Elly sekeluarga kerana memilih kami...kami berharap anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami... Segala kelemahan datangnya daripada kelemahan kami sendiri dan kebaikan itu datangnya daripada Allah S.W.T...






Majlis Cukur Jambul & Berendoi Nur Hainan Qailah

Pada 28 September 2013 yang lalu, DDCFD telah menaja Pakej Coklat Fountain dan Candy Buffet sempena Majlis Cukur Jambul dan Berendoi anak saudara perempuan kami yang pertama iaitu Nur Hainan Qailah di Kedah (sebelum ni dah ada 3 anak saudara lelaki). Majlis tu kami guna mesin fountain yang mini memandangkan tetamu kebanyakkannya golongan veteran. Lagipun rata-rata tetamu belum cukup mengenali menu coklat fountain. Apa-apa pun mereka sangat teruja untuk mencuba.. dan.. menu coklat fountain dan Candy Buffet habis licin..Sekitar Majlis Cukur Jambul dan Berendoi....



 




Sunday 22 September 2013

Event 21 September 2013 - Majlis Perkahwinan Nik Fauzan & Aina Mastura

Pada 21/9/2013 - Dewan Gemilang Felda Kelana Jaya, berlangsung majlis perkahwinan Nik Fauzan dan Aina Mastura. DDCFD berkesempatan memberikan perkhidmatan Pakej 4 di majlis perkahwinan tersebut. Tema majlis adalah warna Ungu dan Kelabu. DDCFD mengucapkan terima kasih kepada keluarga pengantin serta mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin! Diharap berpuashati dengan pakej kami.



Tuesday 17 September 2013

Penutupan Sementara Operasi Bermula 23-29/9/2013

Kepada pelanggan yang dihargai sekalian....

Untuk makluman, DDCFD akan menutup sementara operasi kami bermula 23-29/9/2013 kerana kami bercuti dan berada di Kedah atas urusan keluarga. Selain itu juga kami akan membuat servis penyelenggaraan terhadap mesin-mesin kami. Justeru, kami mohon maaf pada tarikh tersebut kami tidak dapat memenuhi tempahan anda. Walaubagaimanapun anda masih boleh membuat pertanyaan atau tempahan pada bila-bila masa.

 
Operasi kami akan dibuka semula pada 1/10/2013.  Sekian, terima kasih.









Pakej 5- Candy Buffet Di Majlis Perkahwinan Mohd Ashran & Noorsima

Pada 15/9/2013 yang lalu, DDCFD telah menerima tempahan Pakej 5 (Candy Buffet) daripada Puan Wati daripada Pelabuhan Klang. Majlis berlangsung di Hotel Crystal Crown Pelabuhan Klang. Majlis perkahwinan  Mohd Ashran dan Noorsima menggunakan tema warna pink belacan. DDCFD ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pengantin berkenaan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan tidak lupa ribuan terima kasih kepada Puan Wati sekeluarga di atas tempahan beliau bagi meraikan majlis perkahwinan tersebut. Harapan kami semoga berpuashati dengan perkhidmatan kami dan mohon maaf jika ada kekurangan. terima kasih....

Tuesday 20 August 2013

Pakej 4 - Majlis Hari Jadi Adik Hani & Hazim

Pada 18/8/2013 Ahad yang lalu, DDCFD telah memberikan perkhidmatan Pakej 4 di Olympia Room Bukit Utama, Bandar Utama Damansara. Pakej ini ditempah oleh Puan Aida bagi meraikan sambutan Hari Jadi kedua-dua anaknya iaitu Hani dan Hazim dan pada masa yang sama turut mengadakan sambutan Hari Raya... Tema Majlis adalah 'GARDEN'. Kami DDCFD ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Aida sekeluarga kerana memilih kami bersama-sama menjayakan majlis tersebut dan berpuas hati terhadap perkhidmatan kami. Ucapan Selamat Hari Jadi kepada Adik Hani dan Hazim semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh dan solehah... Amin!

Wednesday 14 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!















 

Rasanya tidak terlambat admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para pelanggan DDCFD walaupun hari ini dah masuk 8 Syawal. Yerlah sebelum ni Admin sibuk sangat nak berhari raya dan balik kampung terlupa pulak nak update blog ni. Tahun ini giliran Admin beraya di negeri Kedah.... Alhamdulillah dapat beraya dengan adik beradik dan sanak saudara di sana... So dah puas seminggu beraya di kampung,..kini tibalah beraya di rumah masing-masing betul tak? Masing-masing sekarang dah rancang nak buat rumah terbuka...Ada juga yang nak buat Majlis Kahwin, Majlis Pertunangan, Majlis hari jadi dan sebagainya... So apa kata, tahun ini buat special menu sikit....haaaa....buat menu coklat fountain? Mesti lagi teruja kan? 

So kepada sesiapa yang ingin menyewa coklat fountain daripada DDCFD boleh menghubungi Wani 019-2436979... sms/whatsapp pada bila-bila masa.....Untuk makluman mesin ini agak terhad.... So DDCFD mengamalkan Siapa Cepat Dia Dapat.....

Sunday 14 July 2013

Perkhidmatan DDCFD Dalam Cruise Tasik Putrajaya

Assalamualaikum dan Selamat pagi.....


Pada 14 Julai 2013 (semalam) DDCFD berpeluang menyediakan perkhidmatan Coklat Fountain di dalam Cruise... kat Tasik Putrajaya sempena Majlis Hari Jadi Mr. Mody. Terima kasih banyak-banyak kepada Cik Zetty daripada Cruise Tasik Putrajaya kerana mempelawa DDCFD untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Hari Jadi Client mereka iaitu Mr. Mody. DDCFD sangat teruja... sebab dapat memberikan perkhidmatan di tempat yang eksklusif. Yerlah kan bukannya senang nak dapat tawaran sebegitu...Alhamdulillah...Tema yang dipilih adalah Merah Hijau...



Tuesday 9 July 2013

Ramadan Kembali Lagi....

Alhamdulillah, bulan Ramadan datang lagi. Kami di DDCFD ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan. Semoga kita dapat menghadapinya dengan penuh sabar dan memperolehi kebaikan daripadanya.Insyaallah.


Untuk makluman tempahan untuk Hari Raya telah dibuka...Tempahan Terhad. Berminat boleh hubungi Wani 019-2436979 atau Ajla 019-6226321

Request Package - Hari Jadi Adik Nabil Fikri

Selamat Hari Jadi Adik Nabil Fikri pada 6 Julai 2013 bersamaan hari Sabtu di Wangsa Maju..Thanks kepada ahli keluarga adik Nabil kerana mengambil pakej daripada DDCFD. Dengan tema warna Biru.





Wednesday 5 June 2013

Majlis Perkahwinan Muhammad Razman & Nurul Umira di Dewan Banquet UPM Serdang

Pada 2 Jun 2013 bersamaan hari Ahad yang lalu, DDCFD telah memberikan perkhidmatan Chocolate Fountain di Majlis Perkahwinan Man & Mira di Dewan Banquet UPM Serdang. Tempahan kami dibuat oleh Puan Ida (saudara pengantin). Tema Majlis adalah warna "Gold Hitam" Sebanyak 13 kg coklat, 18 kg buah (strawberry dan grapes), 10 kg mashmallow dan 6 kg biscuit stick berjaya dihabiskan dalam masa 3 jam setengah bermula pukul 12 tghari sehingga jam 3.30 petang. Alhamdulillah, pihak DDCFD sangat teruja kerana ramai jemputan menggemari chocolate fountain kami....Terima kasih Puan Ida kerana memilih perkhidmatan DDCFD... Semoga perkhidmatan kami memberikan kepuasan kepada Puan Ida sekeluarga.....






Sunday 19 May 2013

19/5/2013 - WEDDING AMIRAH & SYAZWAN

19/5/2013 - WEDDING AMIRAH & SYAZWAN. Terlebih dahulu DDCFD ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pelanggan kami iaitu Pn. Amirah dan pasangannya En. Syazwan yang telah berlangsung pada 19 Mei 2013 di rumahnya Ampang Ulu Klang... Mereka memilih tema warna HIJAU PEKAT, HIJAU LUMUT. Kami mendapat maklumbalas yang positif daripada Pn. Amirah pagi tadi melalui Whatsapps...Alhamdulillah beliau sangat suka dengan apa yang kami persembahkan..Lihatlah sahaja telatah  makcik2, kakak2 dan adik2 di kaunter Coklat Fountain...sangat teruja bukan? Pukul 2.30 petang dah habis licin kaunter Coklat Fountain... Memang Best!!!!!!




Minggu depan ada lagi.... melibatkan 1500 pax....TUNGGU.... kita akan upload gambar untuk event minggu depan pulak.















Monday 6 May 2013

Majlis Perkahwinan Khif Farhan dan Kyra @ Bangi Golf Club

Pada 4 Mei 2013 jam 8 malam yang lalu, DDCFD telah menyediakan perkhidmatan sewa coklat fountain di Majlis Perkahwinan saudara Khif Farhan dan pasangannya Kyra bertempat di Bangi Golf Club. En. Khif telah mengambil Pakej 4 daripada pihak kami dengan Tema "Coklat Gold". So, kami berharap kedua pasangan ini berpuashati terhadap perkhidmatan kami... dan ucapan kami Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat.......
.
Berminat untuk membuat tempahan, sila hubungi Wani 0192436979......

Tuesday 16 April 2013

Pakej 3 di Majlis Hari Jadi Adik Abby Nur Diana dan Abby Nur Ashikin

Pada 13 April 2013 yang lalu, DDCFD telah menyediakan perkhidmatan Pakej 3 di Majlis Hari Jadi Adik Abby Nur Diana dan Abby Nur Ashikin bertempat di Restoran Adnor & Katering Subang Jaya. Tema yang dipilih adalah "Blue Pink"... So di pihak DDCFD ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pn. Rozie kerana mengambil pakej kami. dan sebarang kesulitan sepanjang Majlis tersebut dipihak (jika ada) kami mohon maaf...dan mudah-mudahan besar harapan kami agar Pn. Rozie sekeluarga berpuas hati dengan pakej yang kami sediakan...:).

Tuesday 9 April 2013

Tempahan boleh dibuat pada bila-bila masa...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama rasanya tak update blog DDCFD ni.. maklumlah admin agak sibuk sikit kebelakangan ini dengan urusan harian dan tugas hakiki...walaubagaimanapun, Insyaallah kami masih mampu menjawab segala pertanyaan daripada anda... kalau anda nak buat tempahan pun tak ada masalah silakan berbuat demikian. Tempahan masih dibuka pada bila-bila masa dan pada bila-bila tarikh.... Cuma bagi yang ingin menempah full package seperti pakej 3, 4 atau request package.... yang Majlisnya antara 15-30 April 2013.. kami mohon maaf terpaksa menolak tempahan kerana PRU 13... sebab kami khuatir mungkin tidak dapat memberikan komitmen...Maklumlah Hari Sabtu & Ahad kena kerja....huhuhu... 

Walaubagaimanapun jika Majlis anda selepas tempoh tersebut....tempahan akan diterima Insyaallah....Ini bukan disebabkan kami sibuk nak berkempen tapi tugas hakiki kami yang menyebabkan kekangan tersebut......maklumlah tugas hakiki perlu diutamakan....

So, tempahan untuk pakej 1 dan 2 boleh ditempah seperti biasa....Berminat hubungi Wani 0192436979 sms/call/whatapps.....

Monday 11 March 2013

Special Gift For Likes Page Facebook Ddreams Choco Fountain Delights....



Pada 9 Mac 2013 yang lalu, page FB DDCFD telah mencapai 100  Likes... Sebagai penghargaan DDCFD kepada pelanggan kami...kami dengan sukacita telah memilih orang yang ke 100 yang likes page kami akan mendapat "special gift" daripada DDCFD... Alhamdulillah pelanggan yang bertuah itu adalah Puan Nurul Hida Binti Sabirin kerana beliau adalah orang yang ke 100 likes page kami...tak sangka juga yang likes page kami adalah daripada kalangan rakan sepejabat salah seorang pengurus DDCFD..hehehe..kami x bias yer...memang betul-betul kejadian..Pada 11 Mac 2013, wakil DDCFD telah menyampaikan "special gift" tersebut di pejabatnya. Selain itu, Pn. Nurul Hida ni juga semalam 11 Mac 2013 turut menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke ???? Memang bertuah betul...Orang cakap rezeki dihari jadi...Jom ramai-ramai Likes Page kami di Facebook ddreamschocofountaindelight...manalah tahu anda terpilih untuk mendapat special gift daripada kami....siapa tahu?

Wednesday 6 March 2013

Memperkenalkan Produk Baru....

JUALAN MASHMALLOW, LOLLIPOP & JELLY BEANS, STICK BISCUIT & BUTTON BISCUIT .....

Dengan harga yang sangat menarik dan berpatutan!!!!

Bermula hari ini 7 Mac 2013, DDCFD berbesar hati ingin memperkenalkan produk jualan terbaru kami iaitu Mashmallow (Halal), Lollipop, Jelly Beans, Stick Biscuit, Button Biscuit dengan harga yang sangat berpatutan... Sangai sesuai untuk Majlis Candy Buffet dan sebagai dipping atau makanan sampingan untuk mesin fountain coklat anda...

Para pelanggan sekalian boleh membuat tempahan dengan menghubungi DDCFD 0196226321 (Ajla) @ 0192436979 (Wani)

Harga Lollipop (20 pcs)     = RM 5.50
                          (40 pcs)    = RM 10.00



Harga Jelly Beans (500gm) = RM 8.50

Harga Marshmallow (1 kg) = RM 28.00


Harga Stick Biscuit (1 kg) = RM 18.00

Harga Button Biscuit (500gm) = RM 8.50
                                   (1 kg) = RM 17.00



POSTAGE RATE FOR POS PARCEL PRODUCT (SEA/LAND)
Acceptable weight is from range 0.01 kg - 30 kg

* Postage rate for the first 2 kg is RM7.00
* ( Additional postage rate for the next 1kg is RM1.50)

Postage rate :-
  • Within Peninsular Malaysia
  • Within Sabah
  • Within Sarawak
Info : Pos Laju Rates (Parcel)

ATAU

PICKUP POINT :TESCO EXTRA BANDAR BUKIT PUCHONG / CAREFOUR PUCHONG / PUTRA PERDANA/ BANTING/PUTRAJAYA/SHAH ALAM 

Sunday 3 March 2013

Tempahan Bulan Mac 2013 masih dibuka.....

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Semalam 3/3/2013 DDCFD menyediakan perkhidmatan Pakej 4 di sebuah butik pakaian di Seksyen 7 Shah Alam...Pembukaan Butik Muslimah Clothing Couture. Selain itu, sempena pembukaan butik, ada juga sesi bersama artis Wardina Safiyyah turut diadakan. Apa yang kami tahu Butik ini sangat terkenal dengan jualan online di Facebook... mendapat Likes 11,000++. Kami sangat bertuah dan berterima kasih kerana Puan Norhafizah mengambil pakej daripada kami. Sebab inilah masanya kami dapat memperkenalkan pakej-pakej kami kepada pelanggan kami...orang cakap sambil menyelam minum air. Alhamdullillah bila ditanya kepada Puan Norhafizah tentang sambutan terhadap DDCFD...dia memberikan maklumbalas yang sangat positif...yang mana rata-rata pelanggan yang hadir pada majlis tersebut memuji kesedapan coklat kami, dipping dan presentation kami yang sangat menarik dan kesemuanya habis licin...Bukan setakat itu jer sekotak kad nama dan pamplet yang kami bekalkan turut habis. 





Gambar diambil sempena Majlis Pembukaan Butik Muslimah Clothing Couture Seksyen 7 Shah Alam. Menarik tak?.....

 So, tunggu apa lagi? Tempahan boleh dibuat pada bila-bila masa dan pada bila-bila tarikh......

Bulan Mac ini juga masih banyak lagi kekosongan untuk anda menempah sewa pakej daripada kami.

 .. Berminat sila hubungi Wani 0192436979 call/sms/whatsapps... Insyaallah kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.....:)

Tuesday 26 February 2013

Perkhidmatan DDCFD semakin mendapat tempat di Majlis-majlis Keramaian...

Syukur Alhamdulillah...dengan izinnya perkhidmatan DDCFD semakin mendapat tempat di Majlis-majlis keramaian... Kami sangat-sangat berterima kasih kepada para pelanggan kami....dan ada  juga yang repeat untuk menempah pakej daripada kami. Kami juga dengan berbesar hati mengalu-alukan kepada bakal-bakal pelanggan baru kami... Insyaallah kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik, efisyen dan efektif...

So, kami minta maaf jugak agak lama tidak mengepos status-status terkini. Walaubagaimanapun, tuan-tuan dan puan-puan boleh melihat status terkini kami di Page Facebook. Hanya taip ddreamschocofountaindelight ... Insyaallah...dapat melihat status-status terkini. Kami juga berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat LIKE PAGE kami..hehehe.....

Sebarang pertanyaan berhubung tempahan anda boleh menghubungi Wani 0192436979