Showing posts with label sewa chocolate fountain. Show all posts
Showing posts with label sewa chocolate fountain. Show all posts

Tuesday, 14 April 2015

NEW PACKAGES WITH NEW PRICES FROM DDCFD.............

Dengan sukacitanya DDCFD mengumumkan pakej-pakej terbaru untuk para pelanggan kami... Untuk makluman semua, pakej-pakej terbaru ini akan dibuka untuk tempahan bermula pada bulan Mei 2015.. Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan boleh menghubungi kami pada bila-bila masa...Sekian, terima kasih....

PACKAGE 1 (RM260)
(Estimate 50pax - 80pax)
1unit Chocolate Fountain Machine 3 Tier
1kg Chocolate
1/2 kg Grapes
1/2 kg Green Apple
1/2 kg Mashmallow
1/2 kg stick biscuit
20 pcs lollipop
1/2 kg jelly beans
50pcs yogurt stick
1 pkt jelly
1 jar candy
100pcs Plates
(Include Skewers, Tissue, Windguard, Table Setup, Simple Deco, Transport Banting, Shah Alam, Lembah Klang area only)
*Meja & Lapik meja perlu disediakan oleh pelanggan, yg berdekatan dgn plug point.
*Penjaga tidak disediakan ( Slps setup kami akan balik dan datang semula slps habis majlis utk pickup barang2.


PACKAGE 2 (RM350)
(Estimate 100pax - 150pax)
1unit Chocolate Fountain Machine 3 Tier
2kg Chocolate
1 kg Grapes
1 kg Green Apple
1 kg Mashmallow
1 kg stick biscuit
40 pcs lollipop
1/2 kg jelly beans
100pcs yogurt stick
1 pkt jelly
1 jar candy
1 jar keropok roda
100pcs Paper Cup / Plate
(Include Skewers, Tissue, Windguard, Table Setup, Simple Deco, Transport Banting, Shah Alam, Lembah Klang area only)
*Meja & Lapik meja perlu disediakan oleh pelanggan, yg berdekatan dgn plug point.
*Penjaga tidak disediakan ( Slps setup kami akan balik dan datang semula slps habis majlis utk pickup barang2.)


PACKAGE 3 (RM570)
(Estimate 200pax - 300pax)
1unit Chocolate Fountain Machine 3 Tier
4 kg Chocolate
1 kg Strawberry
1 kg Grapes
1 kg Green Apple
2 kg Marshmallow
2 kg Stick Biscuit
40 pcs Lollipop
1kg Jelly Beans
1pkt Jelly
150pcs yogurt stick
1jar candy
1jar keropok roda
(Include Plates, Skewers, Tissue, Windguard, Table Setup, Simple Deco, Penjaga, Transport Banting, Shah Alam, Lembah Klang area only)
*Meja & Lapik meja perlu disediakan oleh pelanggan, yg berdekatan dgn plug point.

Monday, 11 August 2014

#Syawal 9 Ogos 2014 Majlis Perkahwinan Anas Najmi & Farah Athirah




Memilih Pakej 4 Emas dengan tema warna "Purple & Traditional" menjadi pilihan pasangan pengantin ini iaitu Anas Najmi dan Farah Athirah. Terima kasih diucapkan kepada En. Anas kerana mengambil perkhidmatan daripada pihak DDCFD. Kami mendoakan semoga perkahwinan kalian kekal  berbahagia hingga ke akhir hayat.


Tuesday, 1 April 2014

Sunday, 23 March 2014

Monday, 3 March 2014

Majlis Berendoi Ani Zulaikha..

Pada 23 Disember 2013, Sempena kelahiran anak saya, saya telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Majlis Berendoi Sempena Kelahiran Anak Perempuan Pertama Saya yang diberi nama Ani Zulaikha Binti Kamarulzaman... Alhamdulillah dapat juga anak perempuan..sebelum ini saya telah memiliki anak lelaki seramai dua orang...Saya buat Majlis ni di Kedah...maklumlah saya ni memang orang Kedah...Saya buat juga Coklat Fountain dan Candy Buffet..Kiranya ini kali ke dua buat Majlis ada coklat fountain. Sebelum ini kami sponsor majlis anak buah Nur Hanan Qailah pada bulan September yang lalu...

Pelamin Indah Untuk Puteri Zulaikha Beradu..






Puteri Zulaikha dengan gaunnya yang cantik......


 Zulaikha bersama sepupunya Hanan... Nanti kita jadi kawan baik yer.......



Zulaikha bersama abang-abangnya Thaqif n Khalis



Majlis Marhaban & Berendoi

 


# Throwback Majlis Sepanjang November 2013 - Februari 2014

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Dah lama saya tidak mengemaskini blog ini setelah 3 bulan cuti bersalin...Anyway, Saya akan memasukkan gambar-gambar aktiviti DDCFD yang menarik sepanjang November 2013 sehingga Februari 2014 untuk tatapan anda semua...















Friday, 8 November 2013

Pakej 4.- Majlis Perkahwinan Hanani & Haliff serta Fahmi & Shameen

Pada 2 November 2013 yang lalu, DDCFD telah menyediakan perkhidmatan pakej 4 sempena Majlis Perkahwinan dua (2) pasang pengantin iaitu Hanani & Haliff serta Fahmi & Shameen di Dewan Serbaguna IUKL (dikenali juga sbg IKRAM/KLIUC), Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang, Selangor. Tema Majlis adalah Tiffany Green n Baby Pink. DDCFD ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbahagia Ke Akhir Hayat.... Terima kasih kerana memilih kami untuk menyerikan majlis perkahwinan kalian....



Thursday, 7 November 2013

Pakej 3- Majlis Hari Jadi Di Cruise Tasik Putrajaya


 Pada 30 Oktober 2013 yang lalu, DDCFD sekali lagi dijemput untuk menyediakan perkhidmatan mesin fountain & Candy Buffet di dalam kapal Cruise di Tasik Putra Jaya. Majlis tersebut dibuat sempena Hari Jadi cucu anak seorang kenamaan iaitu Muhammad Zaid. Tema Majlis adalah "Seram". Tapi pihak Tasik Putrajaya meminta kami menyediakan tema warna biru.Di bawah merupakan gambar yang diambil sempena Majlis tersebut.




Monday, 7 October 2013

Majlis Hari Jadi M.Aqeem Hadi & M. Aqeef Hadi (twins) di Gombak

Majlis Hari Jadi M.Aqeem Hadi & M. Aqeef Hadi (twins) di Gombak pada 5/10/2013 yang lalu, DDCFD telah memberikan perkhidmatan pakej 4 bagi meraikan sempena majlis hari jadi berkenaan. Tema yang dipilih adalah "Angry Bird'. Kami di DDCFD ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada adik Aqeem & Aqeef...semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh...Terima kasih kepada Puan Elly sekeluarga kerana memilih kami...kami berharap anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami... Segala kelemahan datangnya daripada kelemahan kami sendiri dan kebaikan itu datangnya daripada Allah S.W.T...






Majlis Cukur Jambul & Berendoi Nur Hainan Qailah

Pada 28 September 2013 yang lalu, DDCFD telah menaja Pakej Coklat Fountain dan Candy Buffet sempena Majlis Cukur Jambul dan Berendoi anak saudara perempuan kami yang pertama iaitu Nur Hainan Qailah di Kedah (sebelum ni dah ada 3 anak saudara lelaki). Majlis tu kami guna mesin fountain yang mini memandangkan tetamu kebanyakkannya golongan veteran. Lagipun rata-rata tetamu belum cukup mengenali menu coklat fountain. Apa-apa pun mereka sangat teruja untuk mencuba.. dan.. menu coklat fountain dan Candy Buffet habis licin..Sekitar Majlis Cukur Jambul dan Berendoi....



 




Sunday, 22 September 2013

Event 21 September 2013 - Majlis Perkahwinan Nik Fauzan & Aina Mastura

Pada 21/9/2013 - Dewan Gemilang Felda Kelana Jaya, berlangsung majlis perkahwinan Nik Fauzan dan Aina Mastura. DDCFD berkesempatan memberikan perkhidmatan Pakej 4 di majlis perkahwinan tersebut. Tema majlis adalah warna Ungu dan Kelabu. DDCFD mengucapkan terima kasih kepada keluarga pengantin serta mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin! Diharap berpuashati dengan pakej kami.



Tuesday, 17 September 2013

Pakej 5- Candy Buffet Di Majlis Perkahwinan Mohd Ashran & Noorsima

Pada 15/9/2013 yang lalu, DDCFD telah menerima tempahan Pakej 5 (Candy Buffet) daripada Puan Wati daripada Pelabuhan Klang. Majlis berlangsung di Hotel Crystal Crown Pelabuhan Klang. Majlis perkahwinan  Mohd Ashran dan Noorsima menggunakan tema warna pink belacan. DDCFD ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pengantin berkenaan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan tidak lupa ribuan terima kasih kepada Puan Wati sekeluarga di atas tempahan beliau bagi meraikan majlis perkahwinan tersebut. Harapan kami semoga berpuashati dengan perkhidmatan kami dan mohon maaf jika ada kekurangan. terima kasih....

Tuesday, 20 August 2013

Pakej 4 - Majlis Hari Jadi Adik Hani & Hazim

Pada 18/8/2013 Ahad yang lalu, DDCFD telah memberikan perkhidmatan Pakej 4 di Olympia Room Bukit Utama, Bandar Utama Damansara. Pakej ini ditempah oleh Puan Aida bagi meraikan sambutan Hari Jadi kedua-dua anaknya iaitu Hani dan Hazim dan pada masa yang sama turut mengadakan sambutan Hari Raya... Tema Majlis adalah 'GARDEN'. Kami DDCFD ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Aida sekeluarga kerana memilih kami bersama-sama menjayakan majlis tersebut dan berpuas hati terhadap perkhidmatan kami. Ucapan Selamat Hari Jadi kepada Adik Hani dan Hazim semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh dan solehah... Amin!

Sunday, 14 July 2013

Perkhidmatan DDCFD Dalam Cruise Tasik Putrajaya

Assalamualaikum dan Selamat pagi.....


Pada 14 Julai 2013 (semalam) DDCFD berpeluang menyediakan perkhidmatan Coklat Fountain di dalam Cruise... kat Tasik Putrajaya sempena Majlis Hari Jadi Mr. Mody. Terima kasih banyak-banyak kepada Cik Zetty daripada Cruise Tasik Putrajaya kerana mempelawa DDCFD untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Hari Jadi Client mereka iaitu Mr. Mody. DDCFD sangat teruja... sebab dapat memberikan perkhidmatan di tempat yang eksklusif. Yerlah kan bukannya senang nak dapat tawaran sebegitu...Alhamdulillah...Tema yang dipilih adalah Merah Hijau...



Tuesday, 9 July 2013

Request Package - Hari Jadi Adik Nabil Fikri

Selamat Hari Jadi Adik Nabil Fikri pada 6 Julai 2013 bersamaan hari Sabtu di Wangsa Maju..Thanks kepada ahli keluarga adik Nabil kerana mengambil pakej daripada DDCFD. Dengan tema warna Biru.





Wednesday, 5 June 2013

Majlis Perkahwinan Muhammad Razman & Nurul Umira di Dewan Banquet UPM Serdang

Pada 2 Jun 2013 bersamaan hari Ahad yang lalu, DDCFD telah memberikan perkhidmatan Chocolate Fountain di Majlis Perkahwinan Man & Mira di Dewan Banquet UPM Serdang. Tempahan kami dibuat oleh Puan Ida (saudara pengantin). Tema Majlis adalah warna "Gold Hitam" Sebanyak 13 kg coklat, 18 kg buah (strawberry dan grapes), 10 kg mashmallow dan 6 kg biscuit stick berjaya dihabiskan dalam masa 3 jam setengah bermula pukul 12 tghari sehingga jam 3.30 petang. Alhamdulillah, pihak DDCFD sangat teruja kerana ramai jemputan menggemari chocolate fountain kami....Terima kasih Puan Ida kerana memilih perkhidmatan DDCFD... Semoga perkhidmatan kami memberikan kepuasan kepada Puan Ida sekeluarga.....






Sunday, 19 May 2013

19/5/2013 - WEDDING AMIRAH & SYAZWAN

19/5/2013 - WEDDING AMIRAH & SYAZWAN. Terlebih dahulu DDCFD ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pelanggan kami iaitu Pn. Amirah dan pasangannya En. Syazwan yang telah berlangsung pada 19 Mei 2013 di rumahnya Ampang Ulu Klang... Mereka memilih tema warna HIJAU PEKAT, HIJAU LUMUT. Kami mendapat maklumbalas yang positif daripada Pn. Amirah pagi tadi melalui Whatsapps...Alhamdulillah beliau sangat suka dengan apa yang kami persembahkan..Lihatlah sahaja telatah  makcik2, kakak2 dan adik2 di kaunter Coklat Fountain...sangat teruja bukan? Pukul 2.30 petang dah habis licin kaunter Coklat Fountain... Memang Best!!!!!!




Minggu depan ada lagi.... melibatkan 1500 pax....TUNGGU.... kita akan upload gambar untuk event minggu depan pulak.















Monday, 6 May 2013

Majlis Perkahwinan Khif Farhan dan Kyra @ Bangi Golf Club

Pada 4 Mei 2013 jam 8 malam yang lalu, DDCFD telah menyediakan perkhidmatan sewa coklat fountain di Majlis Perkahwinan saudara Khif Farhan dan pasangannya Kyra bertempat di Bangi Golf Club. En. Khif telah mengambil Pakej 4 daripada pihak kami dengan Tema "Coklat Gold". So, kami berharap kedua pasangan ini berpuashati terhadap perkhidmatan kami... dan ucapan kami Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat.......
.
Berminat untuk membuat tempahan, sila hubungi Wani 0192436979......

Tuesday, 16 April 2013

Pakej 3 di Majlis Hari Jadi Adik Abby Nur Diana dan Abby Nur Ashikin

Pada 13 April 2013 yang lalu, DDCFD telah menyediakan perkhidmatan Pakej 3 di Majlis Hari Jadi Adik Abby Nur Diana dan Abby Nur Ashikin bertempat di Restoran Adnor & Katering Subang Jaya. Tema yang dipilih adalah "Blue Pink"... So di pihak DDCFD ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pn. Rozie kerana mengambil pakej kami. dan sebarang kesulitan sepanjang Majlis tersebut dipihak (jika ada) kami mohon maaf...dan mudah-mudahan besar harapan kami agar Pn. Rozie sekeluarga berpuas hati dengan pakej yang kami sediakan...:).