Showing posts with label pakej jimat. Show all posts
Showing posts with label pakej jimat. Show all posts

Monday, 11 November 2013

Pengumuman....Pengumuman....

Kepada para pelanggan yang dikasihi sekalian....

Saya (Wani) kini sedang menunggu hari untuk melahirkan baby saya yang ke-3. Exactly date 25/11/2013 (tarikh ceasar)... Insyaallah..Doakan semoga saya selamat melahirkan baby dan dipermudahkan segalanya.. Amin! 

Sebarang tempahan atau pertanyaan anda boleh menghubungi Ajla di talian 0196226321....Tempahan sedia ada akan berjalan seperti biasa.. Jangan risau...

Sekian, harap maklum....

Pakej 4- Majlis Perkahwinan WAWA & PUN

Tarikh 9/11/2013 yang lalu, DDCFD telah memberikan perkhidmatan Pakej 4 di Majlis Perkahwinan Wawa & Pun. Majlis Perkahwinan ini diadakan di Dewan Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2 Batu Caves.. Tema majlis adalah "Purple N Blue". Terima kasih kami kepada Puan Jiha sekeluarga kerana mengambil pakej kami dan melayan kami dengan baik....Kami mendoakan semoga perkahwinan Wawa & Pun bahagia hingga ke akhir hayat.


Thursday, 7 November 2013

Pakej 3- Majlis Hari Jadi Di Cruise Tasik Putrajaya


 Pada 30 Oktober 2013 yang lalu, DDCFD sekali lagi dijemput untuk menyediakan perkhidmatan mesin fountain & Candy Buffet di dalam kapal Cruise di Tasik Putra Jaya. Majlis tersebut dibuat sempena Hari Jadi cucu anak seorang kenamaan iaitu Muhammad Zaid. Tema Majlis adalah "Seram". Tapi pihak Tasik Putrajaya meminta kami menyediakan tema warna biru.Di bawah merupakan gambar yang diambil sempena Majlis tersebut.




Monday, 7 October 2013

Majlis Hari Jadi M.Aqeem Hadi & M. Aqeef Hadi (twins) di Gombak

Majlis Hari Jadi M.Aqeem Hadi & M. Aqeef Hadi (twins) di Gombak pada 5/10/2013 yang lalu, DDCFD telah memberikan perkhidmatan pakej 4 bagi meraikan sempena majlis hari jadi berkenaan. Tema yang dipilih adalah "Angry Bird'. Kami di DDCFD ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada adik Aqeem & Aqeef...semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh...Terima kasih kepada Puan Elly sekeluarga kerana memilih kami...kami berharap anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami... Segala kelemahan datangnya daripada kelemahan kami sendiri dan kebaikan itu datangnya daripada Allah S.W.T...






Majlis Cukur Jambul & Berendoi Nur Hainan Qailah

Pada 28 September 2013 yang lalu, DDCFD telah menaja Pakej Coklat Fountain dan Candy Buffet sempena Majlis Cukur Jambul dan Berendoi anak saudara perempuan kami yang pertama iaitu Nur Hainan Qailah di Kedah (sebelum ni dah ada 3 anak saudara lelaki). Majlis tu kami guna mesin fountain yang mini memandangkan tetamu kebanyakkannya golongan veteran. Lagipun rata-rata tetamu belum cukup mengenali menu coklat fountain. Apa-apa pun mereka sangat teruja untuk mencuba.. dan.. menu coklat fountain dan Candy Buffet habis licin..Sekitar Majlis Cukur Jambul dan Berendoi....



 




Sunday, 22 September 2013

Event 21 September 2013 - Majlis Perkahwinan Nik Fauzan & Aina Mastura

Pada 21/9/2013 - Dewan Gemilang Felda Kelana Jaya, berlangsung majlis perkahwinan Nik Fauzan dan Aina Mastura. DDCFD berkesempatan memberikan perkhidmatan Pakej 4 di majlis perkahwinan tersebut. Tema majlis adalah warna Ungu dan Kelabu. DDCFD mengucapkan terima kasih kepada keluarga pengantin serta mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin! Diharap berpuashati dengan pakej kami.



Tuesday, 17 September 2013

Pakej 5- Candy Buffet Di Majlis Perkahwinan Mohd Ashran & Noorsima

Pada 15/9/2013 yang lalu, DDCFD telah menerima tempahan Pakej 5 (Candy Buffet) daripada Puan Wati daripada Pelabuhan Klang. Majlis berlangsung di Hotel Crystal Crown Pelabuhan Klang. Majlis perkahwinan  Mohd Ashran dan Noorsima menggunakan tema warna pink belacan. DDCFD ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pengantin berkenaan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan tidak lupa ribuan terima kasih kepada Puan Wati sekeluarga di atas tempahan beliau bagi meraikan majlis perkahwinan tersebut. Harapan kami semoga berpuashati dengan perkhidmatan kami dan mohon maaf jika ada kekurangan. terima kasih....

Tuesday, 20 August 2013

Pakej 4 - Majlis Hari Jadi Adik Hani & Hazim

Pada 18/8/2013 Ahad yang lalu, DDCFD telah memberikan perkhidmatan Pakej 4 di Olympia Room Bukit Utama, Bandar Utama Damansara. Pakej ini ditempah oleh Puan Aida bagi meraikan sambutan Hari Jadi kedua-dua anaknya iaitu Hani dan Hazim dan pada masa yang sama turut mengadakan sambutan Hari Raya... Tema Majlis adalah 'GARDEN'. Kami DDCFD ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Aida sekeluarga kerana memilih kami bersama-sama menjayakan majlis tersebut dan berpuas hati terhadap perkhidmatan kami. Ucapan Selamat Hari Jadi kepada Adik Hani dan Hazim semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh dan solehah... Amin!

Sunday, 19 May 2013

19/5/2013 - WEDDING AMIRAH & SYAZWAN

19/5/2013 - WEDDING AMIRAH & SYAZWAN. Terlebih dahulu DDCFD ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pelanggan kami iaitu Pn. Amirah dan pasangannya En. Syazwan yang telah berlangsung pada 19 Mei 2013 di rumahnya Ampang Ulu Klang... Mereka memilih tema warna HIJAU PEKAT, HIJAU LUMUT. Kami mendapat maklumbalas yang positif daripada Pn. Amirah pagi tadi melalui Whatsapps...Alhamdulillah beliau sangat suka dengan apa yang kami persembahkan..Lihatlah sahaja telatah  makcik2, kakak2 dan adik2 di kaunter Coklat Fountain...sangat teruja bukan? Pukul 2.30 petang dah habis licin kaunter Coklat Fountain... Memang Best!!!!!!




Minggu depan ada lagi.... melibatkan 1500 pax....TUNGGU.... kita akan upload gambar untuk event minggu depan pulak.















Tuesday, 16 April 2013

Pakej 3 di Majlis Hari Jadi Adik Abby Nur Diana dan Abby Nur Ashikin

Pada 13 April 2013 yang lalu, DDCFD telah menyediakan perkhidmatan Pakej 3 di Majlis Hari Jadi Adik Abby Nur Diana dan Abby Nur Ashikin bertempat di Restoran Adnor & Katering Subang Jaya. Tema yang dipilih adalah "Blue Pink"... So di pihak DDCFD ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pn. Rozie kerana mengambil pakej kami. dan sebarang kesulitan sepanjang Majlis tersebut dipihak (jika ada) kami mohon maaf...dan mudah-mudahan besar harapan kami agar Pn. Rozie sekeluarga berpuas hati dengan pakej yang kami sediakan...:).