Friday, 12 September 2014

Sofia The First In The House!





Puan Diana telah memilih tema "Sofia The First" sempena meraikan hari jadi anak perempuannya iaitu Nadia Zuhaira. Majlis tersebut diadakan di rumahnya di Telok Panglima Garang Banting. Selamat Hari Jadi adik Nadia...didoakan semoga menjadi anak yang solehah.. Terima kasih Puan Diana kerana berminat dengan pakej kami

Tema Bola Sepak

Sempena menyambut hari jadi adik Muhd Farris Aizad pada 6 September 2014 yang lalu, ibunya Puan Sha telah memilih tema "Bola Sepak" untuk hiasan Candy Buffet Chocolate Fountain di rumahnya di Cheras. Selamat Hari Jadi Adik Muhd Farris Aizad! Semoga menjadi anak yang soleh... Terima kasih Puan Sha kerana mengambil perkhidmatan DDCFD




Tuesday, 2 September 2014

RUMAH TERBUKA TRC BERHAD SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

DDCFD telah bekerjasama dengan Delsacuisine untuk menyediakan perkhidmatan coklat fountain di Majlis Rumah Terbuka TRC Berhad. Peluang yang diberikan oleh Delsacuisine amatlah kami hargai kerana jemputan yang hadir adalah terdiri orang-orang kenamaan seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi antara yang hadir. Kanak- kanak daripada Rumah Anak Yatim turut diraikan di Majlis tersebut.. Kami diminta menyediakan dua stesen iaitu satu untuk VIP dan satu lagi stesen untuk jemputan umum. Terasa kerdil kami di DDCFD. Terima kasih Kak Mas daripada Delsacuisine kerana mengambil pakej daripada kami.

Monday, 11 August 2014

#Syawal 9 Ogos 2014 Majlis Perkahwinan Anas Najmi & Farah Athirah




Memilih Pakej 4 Emas dengan tema warna "Purple & Traditional" menjadi pilihan pasangan pengantin ini iaitu Anas Najmi dan Farah Athirah. Terima kasih diucapkan kepada En. Anas kerana mengambil perkhidmatan daripada pihak DDCFD. Kami mendoakan semoga perkahwinan kalian kekal  berbahagia hingga ke akhir hayat.


Sunday, 22 June 2014

Majlis Perkahwinan Najib & Syafina @ Dewan JPS Ampang

Pada 21 Jun 2014, Majlis perkahwinan Najib dan Syafina telah berlangsung di Dewan Seri Tanjung Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Ampang KL. Tema majlis adalah "Soft Pink, Maroon & White".  Cik Nadia telah memilih Pakej 4 Emas untuk majlis perkahwinan ini. Pihak DDCFD ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan iaitu Najib & Syafina serta ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Nadia sekeluarga kerana memilih DDCFD untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis perkahwinan tersebut dan harapan DDCFD mereka berpuas hati dengan perkhidmatan daripada kami.


Sunday, 8 June 2014

Majlis Doa Selamat, Kesyukuran dan Tahlil @ Taman Putra Perdana Puchong

Pada 8 Jun 2014, Puan Regina daripada Taman Putra Perdana Puchong telah memilih perkhidmatan DDCFD sebagai salah satu menu sampingan untuk memeriahkan lagi Majlis kenduri doa selamat, kesyukuran dan tahlil di rumahnya.  Kami berharap semoga Puan Regina sekeluarga berpuas hati terhadap perkhidmatan kami...





Majlis Hari Jadi Adik Liyana @ Jenjarum Banting, Selangor

Pada 31 Mei 2014 yang lalu - Majlis Hari Jadi Adik Liyana yang ke 17 tahun telah diadakan di rumah keluarganya di Jenjarum Banting Selangor, Mereka memilih tema "PINK & WHITE". Terima kasih Kak Jue kerana memilih DDCFD bagi memeriahkan majlis hari jadi anak beliau. Harap berpuas hati dengan perkhidmatan kami....