Tuesday 20 August 2013

Pakej 4 - Majlis Hari Jadi Adik Hani & Hazim

Pada 18/8/2013 Ahad yang lalu, DDCFD telah memberikan perkhidmatan Pakej 4 di Olympia Room Bukit Utama, Bandar Utama Damansara. Pakej ini ditempah oleh Puan Aida bagi meraikan sambutan Hari Jadi kedua-dua anaknya iaitu Hani dan Hazim dan pada masa yang sama turut mengadakan sambutan Hari Raya... Tema Majlis adalah 'GARDEN'. Kami DDCFD ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Aida sekeluarga kerana memilih kami bersama-sama menjayakan majlis tersebut dan berpuas hati terhadap perkhidmatan kami. Ucapan Selamat Hari Jadi kepada Adik Hani dan Hazim semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh dan solehah... Amin!

Wednesday 14 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!















 

Rasanya tidak terlambat admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para pelanggan DDCFD walaupun hari ini dah masuk 8 Syawal. Yerlah sebelum ni Admin sibuk sangat nak berhari raya dan balik kampung terlupa pulak nak update blog ni. Tahun ini giliran Admin beraya di negeri Kedah.... Alhamdulillah dapat beraya dengan adik beradik dan sanak saudara di sana... So dah puas seminggu beraya di kampung,..kini tibalah beraya di rumah masing-masing betul tak? Masing-masing sekarang dah rancang nak buat rumah terbuka...Ada juga yang nak buat Majlis Kahwin, Majlis Pertunangan, Majlis hari jadi dan sebagainya... So apa kata, tahun ini buat special menu sikit....haaaa....buat menu coklat fountain? Mesti lagi teruja kan? 

So kepada sesiapa yang ingin menyewa coklat fountain daripada DDCFD boleh menghubungi Wani 019-2436979... sms/whatsapp pada bila-bila masa.....Untuk makluman mesin ini agak terhad.... So DDCFD mengamalkan Siapa Cepat Dia Dapat.....