Tuesday, 17 September 2013

Penutupan Sementara Operasi Bermula 23-29/9/2013

Kepada pelanggan yang dihargai sekalian....

Untuk makluman, DDCFD akan menutup sementara operasi kami bermula 23-29/9/2013 kerana kami bercuti dan berada di Kedah atas urusan keluarga. Selain itu juga kami akan membuat servis penyelenggaraan terhadap mesin-mesin kami. Justeru, kami mohon maaf pada tarikh tersebut kami tidak dapat memenuhi tempahan anda. Walaubagaimanapun anda masih boleh membuat pertanyaan atau tempahan pada bila-bila masa.

 
Operasi kami akan dibuka semula pada 1/10/2013.  Sekian, terima kasih.









Pakej 5- Candy Buffet Di Majlis Perkahwinan Mohd Ashran & Noorsima

Pada 15/9/2013 yang lalu, DDCFD telah menerima tempahan Pakej 5 (Candy Buffet) daripada Puan Wati daripada Pelabuhan Klang. Majlis berlangsung di Hotel Crystal Crown Pelabuhan Klang. Majlis perkahwinan  Mohd Ashran dan Noorsima menggunakan tema warna pink belacan. DDCFD ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pengantin berkenaan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan tidak lupa ribuan terima kasih kepada Puan Wati sekeluarga di atas tempahan beliau bagi meraikan majlis perkahwinan tersebut. Harapan kami semoga berpuashati dengan perkhidmatan kami dan mohon maaf jika ada kekurangan. terima kasih....

Tuesday, 20 August 2013

Pakej 4 - Majlis Hari Jadi Adik Hani & Hazim

Pada 18/8/2013 Ahad yang lalu, DDCFD telah memberikan perkhidmatan Pakej 4 di Olympia Room Bukit Utama, Bandar Utama Damansara. Pakej ini ditempah oleh Puan Aida bagi meraikan sambutan Hari Jadi kedua-dua anaknya iaitu Hani dan Hazim dan pada masa yang sama turut mengadakan sambutan Hari Raya... Tema Majlis adalah 'GARDEN'. Kami DDCFD ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Aida sekeluarga kerana memilih kami bersama-sama menjayakan majlis tersebut dan berpuas hati terhadap perkhidmatan kami. Ucapan Selamat Hari Jadi kepada Adik Hani dan Hazim semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh dan solehah... Amin!

Wednesday, 14 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!















 

Rasanya tidak terlambat admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para pelanggan DDCFD walaupun hari ini dah masuk 8 Syawal. Yerlah sebelum ni Admin sibuk sangat nak berhari raya dan balik kampung terlupa pulak nak update blog ni. Tahun ini giliran Admin beraya di negeri Kedah.... Alhamdulillah dapat beraya dengan adik beradik dan sanak saudara di sana... So dah puas seminggu beraya di kampung,..kini tibalah beraya di rumah masing-masing betul tak? Masing-masing sekarang dah rancang nak buat rumah terbuka...Ada juga yang nak buat Majlis Kahwin, Majlis Pertunangan, Majlis hari jadi dan sebagainya... So apa kata, tahun ini buat special menu sikit....haaaa....buat menu coklat fountain? Mesti lagi teruja kan? 

So kepada sesiapa yang ingin menyewa coklat fountain daripada DDCFD boleh menghubungi Wani 019-2436979... sms/whatsapp pada bila-bila masa.....Untuk makluman mesin ini agak terhad.... So DDCFD mengamalkan Siapa Cepat Dia Dapat.....

Sunday, 14 July 2013

Perkhidmatan DDCFD Dalam Cruise Tasik Putrajaya

Assalamualaikum dan Selamat pagi.....


Pada 14 Julai 2013 (semalam) DDCFD berpeluang menyediakan perkhidmatan Coklat Fountain di dalam Cruise... kat Tasik Putrajaya sempena Majlis Hari Jadi Mr. Mody. Terima kasih banyak-banyak kepada Cik Zetty daripada Cruise Tasik Putrajaya kerana mempelawa DDCFD untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Hari Jadi Client mereka iaitu Mr. Mody. DDCFD sangat teruja... sebab dapat memberikan perkhidmatan di tempat yang eksklusif. Yerlah kan bukannya senang nak dapat tawaran sebegitu...Alhamdulillah...Tema yang dipilih adalah Merah Hijau...



Tuesday, 9 July 2013

Ramadan Kembali Lagi....

Alhamdulillah, bulan Ramadan datang lagi. Kami di DDCFD ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan. Semoga kita dapat menghadapinya dengan penuh sabar dan memperolehi kebaikan daripadanya.Insyaallah.


Untuk makluman tempahan untuk Hari Raya telah dibuka...Tempahan Terhad. Berminat boleh hubungi Wani 019-2436979 atau Ajla 019-6226321

Request Package - Hari Jadi Adik Nabil Fikri

Selamat Hari Jadi Adik Nabil Fikri pada 6 Julai 2013 bersamaan hari Sabtu di Wangsa Maju..Thanks kepada ahli keluarga adik Nabil kerana mengambil pakej daripada DDCFD. Dengan tema warna Biru.