Majlis Hari Jadi M.Aqeem Hadi & M. Aqeef Hadi (twins) di Gombak pada 5/10/2013 yang lalu, DDCFD telah memberikan perkhidmatan pakej 4 bagi meraikan sempena majlis hari jadi berkenaan. Tema yang dipilih adalah "Angry Bird'. Kami di DDCFD ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada adik Aqeem & Aqeef...semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh...Terima kasih kepada Puan Elly sekeluarga kerana memilih kami...kami berharap anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami... Segala kelemahan datangnya daripada kelemahan kami sendiri dan kebaikan itu datangnya daripada Allah S.W.T...
Monday, 7 October 2013
Majlis Hari Jadi M.Aqeem Hadi & M. Aqeef Hadi (twins) di Gombak
Majlis Cukur Jambul & Berendoi Nur Hainan Qailah
Pada 28 September 2013 yang lalu, DDCFD telah menaja Pakej Coklat Fountain dan Candy Buffet sempena Majlis Cukur Jambul dan Berendoi anak saudara perempuan kami yang pertama iaitu Nur Hainan Qailah di Kedah (sebelum ni dah ada 3 anak saudara lelaki). Majlis tu kami guna mesin fountain yang mini memandangkan tetamu kebanyakkannya golongan veteran. Lagipun rata-rata tetamu belum cukup mengenali menu coklat fountain. Apa-apa pun mereka sangat teruja untuk mencuba.. dan.. menu coklat fountain dan Candy Buffet habis licin..Sekitar Majlis Cukur Jambul dan Berendoi....
Sunday, 22 September 2013
Event 21 September 2013 - Majlis Perkahwinan Nik Fauzan & Aina Mastura
Pada 21/9/2013 - Dewan Gemilang Felda Kelana Jaya, berlangsung majlis perkahwinan Nik Fauzan dan Aina Mastura. DDCFD berkesempatan memberikan perkhidmatan Pakej 4 di majlis perkahwinan tersebut. Tema majlis adalah warna Ungu dan Kelabu. DDCFD mengucapkan terima kasih kepada keluarga pengantin serta mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin! Diharap berpuashati dengan pakej kami.
Tuesday, 17 September 2013
Penutupan Sementara Operasi Bermula 23-29/9/2013
Kepada pelanggan yang dihargai sekalian....
Untuk makluman, DDCFD akan menutup sementara operasi kami bermula 23-29/9/2013 kerana kami bercuti dan berada di Kedah atas urusan keluarga. Selain itu juga kami akan membuat servis penyelenggaraan terhadap mesin-mesin kami. Justeru, kami mohon maaf pada tarikh tersebut kami tidak dapat memenuhi tempahan anda. Walaubagaimanapun anda masih boleh membuat pertanyaan atau tempahan pada bila-bila masa.
Operasi kami akan dibuka semula pada 1/10/2013. Sekian, terima kasih.
Pakej 5- Candy Buffet Di Majlis Perkahwinan Mohd Ashran & Noorsima
Pada 15/9/2013 yang lalu, DDCFD telah menerima tempahan Pakej 5 (Candy Buffet) daripada Puan Wati daripada Pelabuhan Klang. Majlis berlangsung di Hotel Crystal Crown Pelabuhan Klang. Majlis perkahwinan Mohd Ashran dan Noorsima menggunakan tema warna pink belacan. DDCFD ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pengantin berkenaan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan tidak lupa ribuan terima kasih kepada Puan Wati sekeluarga di atas tempahan beliau bagi meraikan majlis perkahwinan tersebut. Harapan kami semoga berpuashati dengan perkhidmatan kami dan mohon maaf jika ada kekurangan. terima kasih....
Tuesday, 20 August 2013
Pakej 4 - Majlis Hari Jadi Adik Hani & Hazim
Pada 18/8/2013 Ahad yang lalu, DDCFD telah memberikan
perkhidmatan Pakej 4 di Olympia Room Bukit Utama, Bandar Utama
Damansara. Pakej ini ditempah oleh Puan Aida bagi meraikan sambutan Hari
Jadi kedua-dua anaknya iaitu Hani dan Hazim dan pada masa yang sama
turut mengadakan sambutan Hari Raya... Tema Majlis adalah 'GARDEN'. Kami
DDCFD ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Aida sekeluarga kerana
memilih kami bersama-sama menjayakan majlis tersebut dan berpuas hati
terhadap perkhidmatan kami. Ucapan Selamat Hari Jadi kepada Adik Hani
dan Hazim semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh dan solehah...
Amin!
Wednesday, 14 August 2013
Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!
Rasanya tidak terlambat admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para pelanggan DDCFD walaupun hari ini dah masuk 8 Syawal. Yerlah sebelum ni Admin sibuk sangat nak berhari raya dan balik kampung terlupa pulak nak update blog ni. Tahun ini giliran Admin beraya di negeri Kedah.... Alhamdulillah dapat beraya dengan adik beradik dan sanak saudara di sana... So dah puas seminggu beraya di kampung,..kini tibalah beraya di rumah masing-masing betul tak? Masing-masing sekarang dah rancang nak buat rumah terbuka...Ada juga yang nak buat Majlis Kahwin, Majlis Pertunangan, Majlis hari jadi dan sebagainya... So apa kata, tahun ini buat special menu sikit....haaaa....buat menu coklat fountain? Mesti lagi teruja kan?
So kepada sesiapa yang ingin menyewa coklat fountain daripada DDCFD boleh menghubungi Wani 019-2436979... sms/whatsapp pada bila-bila masa.....Untuk makluman mesin ini agak terhad.... So DDCFD mengamalkan Siapa Cepat Dia Dapat.....
Subscribe to:
Posts (Atom)